Dancing Robot Green Orange Heart
Blogger Templates

Tuesday 26 April 2011

Cioccolato Caldo

Salam..
Hari nie aq nak citer sket korang ...Emm, nie bukan r citer p cerpen pendek yang best giler r ...
Korang bce n hayati tul2 tau cerpen nie .. Tajuk cerpen nie : CIOCCOLATO CALDO ... 


= Pada aku, tidak mungkin ada dan wujudnya cinta. Bagi aku, cinta pandang pertama tidak pernah wujud. Aku tidak pernah percaya pada cinta. Walaupun aku seorang lelaki, tetapi aku cukup suka dengar lagu “Tidak Percaya Pada Cinta” nyanyian Liyana Jasmay. Mungkin aku sependapat dengan lagu tersebut. Bagi aku, biarlah cinta yang datang padaku.

“Awak nak minum apa-apa ke?” soalnya. Buat kali pertama, aku terpesona memandang wajah yang putih itu. Bibirnya cantik dan manis bertudung.
“Ya.., saya nak….,”
Mungkin ke ini yang dikatakan cinta pandang pertama? Buat pertama kali, hati aku bagai terusik sesuatu.
“Siapa yang order mocca ni?” soal seorang pelayan lelaki yang berambut cacak itu.
“Kau punya,kan Haziq?” soal rakanku kepadaku.
“Sini ada nak cari pekerja part time ke?” soal aku. Rakan-rakanku terkejut memandangku.
“Sebenarnya, pekerja dekat sini sudah cukup. Tetapi, tidak salah kalau mahu tinggalkan nombor telefon. Oh ya, esok sudah mula berpuasa. Mungkin kami akan buka pukul 6 petang. Jadi, sempena bulan puasa kami ada pakej baru. Kalau mahu tengok, ini dia,”Aku tidak minat mahu melihat apa yang ditunjukkan oeh pelayan itu. Sebaik pelayan itu pergi, rakan-rakanku Izad dan Basir mula buka mulut.
“Korang perasan tak, pelayan tadi comel gila. Kalah bintang filem. Dah tu mekap pun tidak,” Basir menyatakan rasa kagumnya. Aku diam sahaja.
“Tetapi, perempuan macam itu biasanya tak akan layan sangat sebab dia tahu dia comel,” Izad pula berkata. Betul ke dia sebegitu? Tetapi, aku rasa dia tidak begitu.
“Haziq, kenapa kau tiba-tiba minat mahu kerja dekat sini? Mak bapak kau bagi ke?” soal Izad pada aku. Aku diam sahaja.
“Hendak bayar sekali ke?” lembut suaranya bertanya. Kehalusan suaranya membuatkan aku bertambah melayang. Apa yang patut aku buat? Perlu ke aku tanya nama dia?
“Ini bakinya, RM 2.50,” dia menghulurkan wang baki kepada Izad. Izad mencuit aku. Aku pula terus memandang wajahnya.
“Sudi tak awak keluar dengan saya?” soal aku tiba-tiba. Dia nyata terkejut dengan soalan itu. Tiba-tiba air mukanya berubah. Aku lihat , dia melihat ke arah pintu keluar. Dia menunjukkan ke arah sana.
“Pintu keluar di sana ya,” pantas tangannya menunjukkan. Aku rasa malu yang amat. Ini ke yang dikatakan cinta tidak berbalas.
“Apa kau buat tadi, Haziq? Malunya,” Izad nyata tidak puas hati dan mungkin juga seperti aku malu bercampur terkejut.
“Nampaknya, kau dah cipta rekod cinta ditolak dalam masa yang terpantas,” Basir seolah mengusik.
“Sudahlah, awek macam itu tidak patut kau fikirkan sangat. Dia itu tahu diri dia laku sebab itu dia hidung tinggi sikit,”
Aku diam sahaja. Betul ke? Telefon bimbit aku berbunyi. Lekas-lekas aku menjawabnya.
“Ya. Saya….,”
“Siapa?” soal Izad ingin tahu.
“Kafe tadi, dia suruh aku datang kerja esok,”Kenapa semua ini terjadi? Esoknya, aku datang kerja dengan wajah yang penuh keraguan. Aku datang pukul 6 petang seperti yang dijanjikan. Aku diberikan apron dan topi.

“Kamu semua, saya mahu memperkenalkan pekerja baru. Ini dia, Haziq,”
Nyata, pekerja lelaki lebih ramai di sini. Hanya dia pekerja wanita di sini.
“Oh ya, Suci saya nak perkenalkan pekerja baru kepada awak. Dia pun pelajar macam awak. Dia pelajar UiTM. Ambil bidang Undang-Undang. Suci, ini Haziq dia belajar di Politeknik sana. Dia ambil bidang perniagaan antarabangsa. Haziq, ini Suci Murni,”Nama dia Suci? Jadi, nama dia Suci. Aku suka nama itu.
“Kalau ada apa-apa yang tidak faham, bolehlah tanya dia. Dia baik dan sudi membantu,”
Aku menghampirinya. Aku senyum pada dia. Ketika itu, dia sedang mengemop lantai.
“Hai, saya nak tanya….,”
“Pekerja lain lagi banyak benda diorang tahu. Awak jangan cuba dekati saya. Saya rimas tahu tak?” tiba-tiba sahaja dia marah-marah. Wajah yang comel itu nyata tetap nampak comel walau sedang marah. Aku tercabar. Pantang lelaki biarkan dirinya ditempik begitu. Mungkin dia fikir aku hendak perhatikan dia semasa bekerja.
“Saya nak ingatkan awak. Saya datang kerja di sini tiada kaitan dengan awak. Pasal saya ajak awak keluar semalam, baik awak lupakan dan anggap ia tidak pernah berlaku. Mungkin otak saya tidak berapa betul pada waktu itu. Jadi, jangan ingat saya teringin sangat dengan awak,”
Kenapa aku berkata begitu? Dia diam seribu bahasa. Kemudian, memalingkan wajahnya. Tidak ke dia marah?
“Suci, ada orang nak jumpa,” beritahu Yazie yang tinggi lampai itu. Suci keluar dan dia mengeluh. Beberapa orang budak lelaki duduk di meja itu dan Suci menghampiri mereka.
“Itulah, Ajai, Aizat dan Murat. Mereka selalu datang sini untuk cari Suci. Biasanya untuk tujuan mengusik dan mengacau. Tetapi, selagi mereka tidak ganggu kerja dia kami tidak kisah. Malah, selain mereka ramai juga lelaki yang datang nak mengorat dia. Mula-mula dulu Suci layan mereka sebagai pelanggan. Tetapi, sekarang makin menjadi pula. Bahkan, Suci pun dah naik bosan,”
Aku memerhati sahaja.
“Suci, berilah saya alamat e-mail awak,” pinta salah seorang daripada mereka bertiga.
“Suci, awak ada Facebook tak?”
“Maaf, saya tiada semua yang awak cakapkan? Saya ini tiada masa nak layari internet,”
“Janganlah jual mahal. Pukul berapa awak habis kerja? Lepas “ni kita boleh jalan-jalan,”
Suci mengeluh lagi.
“Saya kena tunggu sampai kedai tutup,”
“Alah, Suci ni sombonglah. Kami ni nak kenal dengan awak,”
Patutlah Suci menyombong semacam. Mungkin dia bosan kerana asyik digoda begitu. Nyata, Suci sukar percaya dengan ketulusan lelaki. Mungkin ke dia ingat aku macam budak-budak lain yang mahu menggoda dia. Nyata, aku tersilap langkah semalam. Terlalu awal aku menghakimi dia. Nyata, dia memang bosan dengan setiap usikan yang datang.
“Saudara semua. Saudara semua puasa ke tidak? Saya rasa, kalau niat saudara datang bukan untuk mendapat keberkatan berbuka puasa, ada baiknya saudara semua pergi dari sini dan cari kelab malam yang berdekatan,”Nyata , mereka bertiga terkejut.Aku lihat, Suci masuk ke dapur. Di dapur, dia memasang radio.

“Azan Maghrib hampir masuk,” Abang Yusuf menepuk bahuku. Sebaik sahaja azan berkumandang dari corong radio, kami menadah tangan membaca doa.
“Suci, mahu kurma?” soal Yazie kepada Suci. Suci senyum. Kurma yang dihulurkan disambut dengan senyuman. Pertama kali, aku lihat Suci senyum. Tetapi, sayang senyum itu bukan ditujukan kepada aku.
“Haziq, pengurus kata lepas makan, dia mahu jumpa kamu,”
Suci memandang padaku.
“Saya tahu, tetapi walaupun alasan awak itu kukuh tetapi awak tidak boleh bertengkar dengan pelanggan. Nasib baik perang mulut sahaja, kalau diorang pukul atau belasah awak tadi macamana?” nyata pengurus itu memang menegur cara berlapik. Sebaik keluar dari bilik pengurus, aku menyambung mengelap meja. Mungkin aku patut berhenti agaknya. Tiba-tiba satu aroma menyenangkan masuk ke dalam hidungku. Bau coklat.
“Tak nak cuba ke?” dia menyoal. Aku pula terpinga. Wah, dia semacam tahu aku sukakan air coklat. Aku mengambil cawan itu dan merasa isinya.
“Manisnya,” bisik hati aku.
“Awak rasa ia manis sebab perasaan awak sedang “pahit” sekarang. Saya tidak bubuh gula pun,”
“Air apa ini?”
“Cioccolato Caldo. Sejenis air coklat dari Italy. Mungkin awak perlu minum pakai sudu sebab dia pekat dan ia macam puding sikit,”
“Dari Italy?” soalku.
“Ya. Warisan dari nenek saya. Dia orang sana,”
Aku terkejut. Patutlah dia cantik dan menawan. Rupanya dia ada darah campuran.
“Manis dan sedap rasa dia,” aku memuji. Tetapi, wajahnya tetap menghulurkan senyuman yang biasa sahaja.
“Terima kasih pasal tadi,”
Aku terkesima.
“Pasal hal kelab malam tu,”
Sekali lagi aku diam. Nampaknya, aku patut kerja lama di sini lebih lama.

Tamat sahaja perbincangan berkaitan assignment pada petang itu, aku terus mendapatkan bas dan menuju ke Tesco. Aku mahu cari sesuatu. Aku belek sesuatu.
“Hai,” dia menyapa. Aku terkejut dan menoleh. Wajahnya mengukir senyuman paling manis.
“Hai, awak…. Suci,” aku rasa bagai mahu gugur jantung aku bila dia memandang aku.
“Tak ada kelas ke?” ramah pula dia.
“Erm…, dah habis,”
“Apa awak buat dekat sini? Dia bertanya padaku,”
“Saya…., saya cari …..,” mengapa lidah aku kelu.
“Saya teringat coklat panas yang awak buat itu. Saya rasa sedap sangat sampai saya rasa nak cuba-cuba buat sendiri,”
“Tetapi, kenapa awak pegang susu tepung itu?” soal Suci menahan ketawa.
“Susu tepung? Saya pegang sahaja. Lagipun, standard lah orang lelaki tak tahu buat air,” aku membalas dengan rasa geram yang amat. Dia seperti biasa tenang tetapi lima saat kemudian dia ketawa.
“Marilah ikut saya,”
“Ke mana?” soal aku hairan.
“Mungkin kita sempat pergi sebelum pergi kerja. Lagipun, tempat itu tidak jauh dari sini,”
Aku lihat, dia bersahaja. Jadi, mungkin dia tidaklah seteruk yang aku bayangkan. Cuma, dia unik dan ada cara dia sendiri.
“Awak boleh berbahasa Italy?” aku bertanya ketika kami dalam perjalanan ke tempat letak kereta terbuka.
“Awak rasa?” soalnya. Aku memandang ke hadapan. Buat-buat tidak melihat dia yang sedang memandang ke arah aku.
“Tidak,” spontan dia berkata.
“Saya memang berhasrat mahu ke sana suatu saat nanti. Tetapi, entahlah. Mungkin. Saya akan ke sana cari mama saya. Mama sudah lama hilangkan diri,”
“Awak akan ke sana,”
“Ya. Mengejar sesuatu yang tidak pasti,”
“Saya akan ikut awak,”
Dia memandang aku. Kemudian, dia memandang ke arah langit.
“Erm…., ada baiknya kita cepat. Nanti, dia tidur pula,”
“Dia?” aku bertambah hairan. Dia menaiki kereta Honda Civic berwarna merah. Jadi, Suci mungkin bukan orang sebarangan. Kami tiba di sebuah rumah banglo yang agak besar. Aku hairan, siapa agaknya pemilik rumah ini.
“Masuklah. Dia okay,” Suci mempelawa. Siapa dia agaknya? Tiba-tiba terpacul seseorang yang agak berusia dan memegang cerut di tangannya.
“Inilah, Datuk Hamdi,”
“Bukan ke dia usahawan yang berjaya itu ke? Bukan ke dia ada restoran di Italy?”
“Tepat sekali,” dia membalas kata-kata aku tadi. Suci tersenyum manis. Dia mencium tangan Datuk Hamdi.
“Suci dari mana?” soal Datuk Hamdi.
“Dari kelas,”
“Kamu kawan kolej Suci ke?” soal Datuk Hamdi sebaik dia labuhkan punggungnya. Aku memandang Suci.
“Inilah kawan sekerja Suci. Nama dia Haziq. Dia teringin nak cuba buat Cioccolato Caldo. Tetapi, bahan-bahan itu bukan ada dekat mana-mana sangat. Kalau ada pun, tak banyak,”
“Kamu mahu Dutch-process powder ?” soal Datuk Hamdi sambil memandang wajahku. Aku mengangguk. Mungkin bahan itu yang aku perlukan. Aku lihat, Datuk Hamdi pergi ke suatu sudut.
“Ini dia,” dia menghulurkan kepadaku. Wanginya. Suci pula ke arah suatu sudut dan mencapai sesuatu. Dia menghulurkan kepadaku.
“Buku resipi. Suatu saat nanti, saya mahu rasa sesuatu dari buatan tangan awak,”Aku diam seribu bahasa. Nampaknya, aku masih ada harapan untuk terus berada di samping Suci.

Esoknya, aku lihat Suci sedang mengelap cawan dan gelas. Suci memang teliti dalam soal begini. Aku menghampirinya.
“Suci, macamana awak buat Cioccolato Caldo itu ya? Kenapa tak sama rasa dia?” aku mempersoalkan. Suci senyum sahaja.
“Setiap benda kalau awak nak buat awak kena serius dan ikhlas. Kalau tidak, tidak akan menjadi,” dia berkata sambil membilas pinggan di tangannya.
“Awak nak kata saya tak ikhlas ke?”
“Bukan. Saya maksudkan kalau awak kena menghayati setiap apa-apa yang awak buat. Bukan main laruh sahaja,”
Suci aku lihat sedang mengelap tangannya.
“Saya bercadang hendak buka restoran dan cafeteria suatu hari nanti. Tetapi, faham-faham sahajalah mama saya cita-cita saya itu akan tinggal cita-cita. Mama kata, bukan senang hendak buka perniagaan sendiri,”
“Baguslah. Nanti, saya hari-hari boleh rasa coklat panas awak,”
“Tetapi, bukan senang. Kalau tak ada usaha yang gigih. Cita-cita saya ini melangit tetapi belum tentu tercapai,”
Aku lihat, dia macam sedih sahaja.
“Tetapi, itu semua sekarang. Bila awak dah berjaya nanti awak akan berpuas hati dengan usaha awak suatu hari nanti,”
“Betul juga,”
“Suci, Cik Diana nak jumpa dengan awak,”
“Cik Diana?” aku terkesima. Siapa dia?
Aku lihat dia berjalan ke arah wanita yang mungkin bernama Cik Diana itu.
“Kalau kamu mahu tahu, itulah tauke kafe ini. Dia itu, tinggal di Pulau Pinang. Cantikkan?”
Aku angguk sahaja. Cik Diana yang ditunjukkan oleh Pengurus itu memang cantik persis model tetapi sayang seksi yang amat. Abang Yusuf menghampiri aku.
“Hai, kamu pun minat dengan Cik Diana ke?”
Aku terus ke dapur. Tidak kuasa aku hendak layan usikan begitu. Aku terasa cemburu pula apabila melihat Suci bercakap dengan Cik Diana lama-lama. Aku mula terasa diri aku tidak penting padanya.
“Okaylah, akak rasa tak ada apa sangat ya. Okay, Suci selamat Berjaya. Nanti, apa-apa hal kita jumpa lagi ya,”
Suci angguk sahaja. Kakak? Tetapi…..,
“Suci dengan Cik Diana memang rapat. Diorang macam adik-beradik. Kalau kamu mahu tahu, Suci ialah pekerja perempuan pertama yang diambil bekerja. Cik Diana sukar sedikit hendak terima cara kerja orang perempuan,”
“Kenapa?”
“Biasalah. Orang perempuan ini, karenah dia lain. Itu kata cik Dianalah. Tetapi, dia lihat Suci itu berbeza. Lagipun, dia berkenalan dengan Suci semasa dia memberikan satu ceramah di UiTM satu ketika dahulu,”
Panjang lebar Abang Yusuf bercerita. Aku mula faham kini. Aku lihat, Suci membelek majalah dan fail yang diberikan Cik Diana. Suci menyimpan barang-barang yang diberi Cik Diana tadi.
“Banyak dapat kali ini, Suci. Cik Diana ke negara mana pula kali ini?” soal Yazie sambil mengelap gelas.
“Erm…., dia ke New Zealand. Ke Christchurch. Biasalah, dia pun ada kafe di sana,”
Aku mendengar sahaja. Entah kenapa, aku rasa cemburu yang amat. Cemburu kerana wajah Suci berbeza sekali apabila bertemu Cik Diana. Aku terasa cemburu dengan Cik Diana kerana Suci nampak gembira selepas bertemu dengannya.
“Suci, awak nak balik ke?” soal aku kepada Suci yang sedang mengemas.
“Ya. Tetapi, saya hendak ke Bukit Bintang. Ada hal,”
Terasa aku kerana ditolak begitu. Terasa sakit. Pantas, aku mencapai topi keledar dan menaiki motor Suzuki kesayangan aku.
Aku malas hendak menoleh ke belakang melihat reaksinya. Nyata, mungkin dia berkecil hati dengan sikap aku.

Tiga hari aku tidak datang bekerja. Aku mula terasa badan aku lenguh-lenguh. Tidak larat rasanya mahu bekerja lagi. Angkat barang-barang berat. Lap sana lap sini. Kalau mama dengan papa tahu, memang habis aku. Tetapi, hari ini aku gagahkan juga ke kafe itu. Aku mahu lihat wajah Suci. Tetapi, aku disambut oleh suasana hambar. Abang Yusuf menyambut kedatangan aku dengan wajah yang cuka. Yazie yang terkenal kerana keceriaannya juga begitu. Pengurus memanggil aku. Aku jadi takut. Mungkin ke kerana tiga hari aku tidak datang bekerja.
“Haziq, saya nak cakap sesuatu dengan awak,”
“Apa dia?” soal aku. Aku mula gelabah.
“Awak tahu tak, Suci dah berhenti kerja?”
Aku terkejut kerana aku tidak tahu langsung soal itu. Suci memang tidak cakap apa-apa. Ah, kenapa Suci berhenti?
“Semua sebab saya ke? Kalau saya ada buat salah apa-apa dan menyebabkan dia berhenti, saya minta maaf,”
Pengurus geleng.
“Bukan. Bukan pasal itu,”
“Habis?”
“Dia cakap, dia mahu fokus pada pelajaran dia. Lagipun, awak pun tahu. Bidang dia itu bukan senang. Mama dia pun baru sampai dari Italy. Dia cakap penyakit yang dideritai mama dia itu semakin kritikal. Mama dia mahu habiskan sisa hidup dengan dia. Saya harap awak faham,”
“Jadi….,”
“Saya mahu awak kerja terus di sini. Kami lihat, awak dengan Suci ada sedikit persamaan. Cara awak berdua berfikir seakan-akan sama. Suci biasa menyumbang banyak idea untuk kafe ini. Sebab itu, Cik Diana sangat sayang pada dia sungguhpun dia baru setahun bekerja di sini,”
Harapan yang tinggi. Mungkin ke ada hikmah di sebalik semua kejadian ini? Haruman Cioccolato Caldo terus menusuk hidung aku. Walaupun coklat panas yang pekat itu bukan di depan mata aku, tetapi harumannya seakan segar di minda aku.
Lima tahun kemudian…….
Segalanya macam mimpi. Sudah lima tahun aku tidak bertemu Suci. Tetapi, ingatannya pada aku tidak pernah padam. Antara percaya atau tidak, aku kini menjadi pemilik sebuah kafe terkenal di Kuala Lumpur. Aku namakannya 'Ha Ci CafĂ© '. Gabungan nama aku dan Suci. Hehehe… sengaja aku buat singkatan begitu supaya orang tidak perasaan.Kafe aku bukan sahaja mendapat tempat di hati orang Melayu bahkan di mata pelancong asing, mereka memuji keenakkan coklat panas aku.
Cioccolato Caldo. Aku cuba hasilkannya. Tetapi, tetap tidak menjadi. Tidak pernah terfikir di hati aku mahu jadikannya sebagai salah satu menu di sini. Semalam, mama ada telefon.
“Kamu ini, semakin lama semakin berjaya. Kafe pun makin maju. Takkanlah tak ada yang berkenan di hati?”
Saat ini wajah Suci terbayang-bayang.
“Haziq ikut mamalah,”
“Eh,mana boleh main ikut-ikut,”
“Alah, mama sahajalah yang pilihkan,”
“Tak mahu tengok ke gambarnya? Mama ini, dah ada pilihan untuk kamu. Betul ke kamu setuju. Minggu depan mama boleh aturkan apa-apa yang patut,”
“Haziq ikut sahajalah,”
Begitulah dialog aku dengan mama. Aku memang tidak ada kuasa untuk menolak apa-apa. Soal jodoh. Suci masih lagi segar di mata aku. Tetapi, aku sudah berhenti berharap. Aku redha siapa sahaja pilihan mama. Jika benar seperti yang diatur, minggu depan aku bakal tunang orang.

“Assalamualaikum,” aku memberikan salam. Salam aku dijawab oleh kekasih hati yang kini sedang berisi sejak enam bulan lalu. Terasa bangga kerana memiliki isteri yang cantik jelita. Rambutnya yang panjang mengurai itu bak sutera dan bibirnya pun merah bak delima.
“Abang baru balik?” soalnya manja dan lembut. Aku dipimpin ke sofa. Sejak dia mengandung, aku lihat sifat manjanya lain sedikit.
“Awak okay ke? Mana Liza? Kan abang cakap, tak boleh tinggalkan awak seorang diri,”
“Alah, sikit je “tu. Abang, orang ada satu permintaan,”
“Apa dia?” soal aku hairan.
“Cioccolato Caldo. Orang teringin sangat nak minum itu,”
“Tapi, Suci sendiri pun pandai buatkan?” aku menyoal.
“Tak nak. Nak dari tangan abang sendiri,”
Aku menggeleng. Aku masuk ke dapur. Aku cuba bancuh apa-apa yang patut. Saat ini, aku tersenyum simpul. Tersenyum tanda bahagia. Tidak pernah aku menyangka, Suci yang aku idamkan selama ini, jadi isteri aku. Pilihan mama nampaknya pilihan aku juga. Sejak berkahwin, kami banyak berkongsi idea tentang kafe. Semasa berbulan madu di Italy dulu, kami berdua banyak membuat kajian tentang setiap kafe yang kami kunjungi.
“Dah siap ke bang?” soal Suci dari ruang tamu. Aku membawakan cawan berisi coklat panas itu ke arahnya. Dia menghirupnya kemudian mengenyit mata padaku. Terasa satu kepuasan.
“Sedap, kan?” soalnya tatkala selepas aku menghirupnya.
“Menjadi juga,” aku bersyukur.
“Lepas ini, bolehlah buat lagi,” Suci berkata. Aku ketawa sahaja. Setelah bertahun, buat pertama kalinya pada hari ini aku berjaya menghasilkannya. Haruman Cioccolato Caldo terus menusuk hidung aku. Seperti mana haruman Cioccolato Caldo itu, seperti itulah semerbak kasih aku pada seorang wanita bernama Suci Murni.

No comments:

Post a Comment

 
Dancing Robot Green Orange Heart